Yesterday, I saw Kak Sara's blog. I read it from the first entry until the last one.
In my whole life, I never saw person as STRONG as Kak Sara... I said this in my heart:
"Ya Allah, Kuatnya Kak Sara. Semangat dia nak lawan penyakit teramatlah kuat! Dia tak pernah putus asa, tak pernah merungut."
You're my SUPERWOMAN, Kak Sara.
Dia jadikan LANCE ARMSTRONG sebagai idolanya. Untuk pengetahuan anda, Lance Armstrong juga menghidapi penyakit yang sama seperti Kak Sara. Tetapi disebabkan oleh kekentalan beliau, beliau telah pulih daripada penyakit yang beliau hadapi. Cuba bayangkan...
Ribuan terima kasih, Lance...
Walaupun Kak Sara dah 'bertarung' bermati-matian untuk melawan penyakitnya, akhirnya makhluk yang Allah ciptakan ini kalah jua atas takdir-Nya..
Aku tidak boleh bayangkan, bagaimana hidup yang akan dilalui oleh emaknya, yang juga maklang aku.. Bayangkanlah, maklang hanya ada seorang anak yang amat beliau sayangi..tapi, kini anak yang tersayang telah meninggalkan beliau.. Pastilah hidupnya sunyi..
TETAPI, MakLang juga kuat seperti anaknya. Beliau tabah menghadapi dugaan yang diberi oleh-Nya. Beliau tidak pernah menangis di depan aku. Tapi, aku dapat rasakan yang beliau menangis di dalam hati... Beliau tetap melayan aku seperti anaknya. Terharu juga~
Terima Kasih MakLang, Kak Sara...
Al-Fatihah.
Sedekahkanlah surah ini untuk arwah. Tak lama, beberapa minit sahaja...
Wan Maisara Amirah bt Wan Abdul Aziz ( 1988 - 2008 )
dulu blognye sering jadi tempat persingggahn tak pun flickr untuk rujuk...
ReplyDeleteterima kasih mengingatkan dia sekali lagi