Monday, December 27, 2010

MALAYSIA BOLEH !!!

Alhamdulillah...Pasukan Harimau Muda menang lagi.Memang happy sangat la..
Pasukan Garuda ditewaskan 3 - 0 pulak tu. bukan senang tau. Finally, impian kita semua tercapai. amin ~

Kalaulah tadi dapat pergi ambil gambar masa dorang tengah bertarung dengan Indonesia tu...
KAN BEST?? entah bila la nak dapat peluang ambil gambar bola pulak. Tapi masalahnya nak pergi tengok perlawanan secara Live pun tak dapat, ni pulak nak ambil gambar...

Pergh! Tadi masa tengok perlawanan tu Live kat tv, memang meriah lah nampaknya kat stadium tu. Mana la tak meriah kalau stadium tu penuh? Selalunya kalau ada perlawanan pun, yang datang beri sokongan moral pun sikit sangat. Stadium nampak lengang je.

By the way, Syabas kepada Harimau Muda kerana telah berjaya menentang Indonesia.
3 - 0 tu... nanti ada lagi perlawanan di Jakarta, all the best ya! Tundukkan Indonesia tu, baru dia tau betapa hebatnya pemain kita...ececeh~

MALAYSIA BOLEH !!!

Saturday, December 18, 2010

Media Pass for LTdL 2011

Finally dapat pun update blog...yay!





Le Tour de Langkawi kembali lagi! Acara berprestij yang saya sukakan ini akan berlangsung dari 23 Januari 2011 - 1 Februari 2011. Maksudnya ada 10 stages! yahoo...

Tapi, kali ini para pelumba takkan lalu kat pd lagi macam tahun ni =(
Acara yang akan datang ini pula bermula di Langkawi. Mampoih. Naik flight? argh~ bising papa nanti =) kalau tak macamne? sera tak boleh drive la...ggrrr.
Nanti nak tumpang siapa? dah la photogpraher semua LELAKI...setakat ni tak jumpa lagi photog perempuan. adoish...

Dan lagi satu benda yang selalu buat saya pening kepala adalah PASS MEDIA tu. pergh~ nak daparkan punyalah susah sebab kali ini kerajaan yang anjurkan, bukan Uncle Astaman lagi =(
Kalau tak, dah lama dah pass tu berada di dalam tangan saya. ~sigh~
Dah try dah banyak cara. sana sini merata semua ditanya mengenai pass tu. Tetapi masih tiada jawapan lagi.

Terharu sangat apabila ramai kenalan yang ingin tolong, tetapi apakan daya... Mereka tidak janji sebaliknya berusaha untuk mendapatkan pass tersebut untuk saya... terima kasih semua!

Pass belum dapat lagi! sekarang dah nak penghujung disember! takkanlah nak goyang kaki lagi?
So, tak kiralah susah mana pun, saya tetap akan berusaha bersungguh2 untuk dapatkan PASS MEDIA itu..saya juga perlukan pertolongan rakan - rakan saya...Wish me luck yeah~

NANTI NAK AMEK GAMBA MANYAK2 LO! :p

xoxo,
SeraNisaLoqman